Monday, April 4, 2011

If you don't know what to say, shut up!

1NewMessages: Please bear with me as my Malay is a little rusty (tunggang-langgang kata guru BM).  Some of the sentences/phrases are direct translations from the English sentence structure, so if you really cannot understand what I write, please translate it to English while you rack your brain to make sense of it :p Hehe.  Happy reading!  

 
Kata-kata begini, saya biasa dah dengar dari mulut bapak saya, dalam drama Kantonis pukul 7 yang saya wajib tonton, dan pelbagai lagi saluran yang sewaktu dengannya.  

Bukan apa, bapak tak suka kalau orang cakap ikut sukahati je sampai berlaku la pertumpahan darah.  Antara peribahasa yang beliau sentiasa uar-uarkan adalah "Kerana mulut, badan binasa" (sambungan tak ingat kerana beliau hanya memfokuskan kepada bahagian ini sahaja.  Sorila, BM dapat A2 je time SPM dan B- ketika di universiti.  Sah BM saya makin merosot tapi nak gak buat entry dalam BM konon-konon sebab cara penceritaan yang lebih enak didengar - adaka benda macam ni aku reka-reka je lah).  Eh, tersimpang jauh ke Bangkok pulak kita.  

Lepas tu, satu lagi adalah "Kalau kau tak bercakap sekalipun, orang tak akan anggap kau tu bisu."  Aku pun tak tau tapi pepatah ni macam femes je kalangan orang Cina-cina.  *Silap ke aku tulis camtu?*
Tapi kalau tulis orang-orang, jadi pulak patung yang jaga sawah padi tu.  So aku tiru dari "Rumah orang tua-tua".  Eh, biar je lah. 

Tujuan aku tulis entri ni (Tadi saya, sekarang aku pulak.  Ish, tak tetap pendirian sungguh!) adalah untuk menceritakan kisah duka lara yang bergelora di jiwa (aiseh, jiwang tak ayat aku?).  Anyway, gaya aku tulis ayat berbunga-bunga adalah untuk membuktikan kepada Cikgu Esther (guru BM masa Tingkatan 4 dan 5) bahawa ajaran beliau tidak sia-sia.  Tu pun kalau beliau sedar akan kewujudan blog ini.  Hehehe, poyo betul.  

Baiklah, straight to the point (Straight apa, dah masuk perenggan ke-5 baru nak bukak cerita sebenar.  Apa ni, sebab saya berbahasa Melayu, kenalah saya menjiwai watak orang Melayu.  Orang Melayu, selalunya suka menyelitkan maksud-maksud di sebalik kata-kata.  Depa tak biasa cakap terus-terang sebab nak bagi orang pikir maksud tersirat tu... jadi kenalah ada pemikiran kritis.  Tu lah pantun-pantun sangat popilar zaman Hang Tuah dulu.  Zaman tu, nak melamar pun cakap nak menyunting bunga di taman, kini zaman moden, ikut je style omputih, sudikah anda mengahwini saya.  Wah, skema pulak bunyinya.  Tapi tak leh nak cakap tak romantik sebab kalau ada suasana yang betul, romantik gak.  Siapalah diriku untuk mengadili semua itu kan?)

Baiklah, straight to the point.  Eh, kali kedua aku sebut rupanya.  Ish.  
Berbalik kepada topik hangat, ada manusia ni kan.. saya dah jumpa banyak kali spesies begini la.  Mereka main sebut je, tak kisah di mana dan kepada siapa.  Benda yang disebut biasanya berupa umpatan.  Yelah, kalau bukan masakan aku nak cerita di sini kan? 
Ish, manusia memang suka melihat pada yang negatif (-_-")

Tapi, takpe.  Ini adalah blog peribadiku.  Sukati akulah nak cerita apa.  Janji tak melibatkan orang lain.  

Ada berapa kali dah aku kena "sindiran" atau "kata-kata pedas" dari beberapa orang.  Ada yang merupakan kawan, ada yang merupakan lawan (heheh, maksudnya bukan kawan la... sebab tak kenal).  

Kata-kata menyakitkan yang datang dari lawan, tak kisah sangatlah.  Dah dia bukan kawan aku, bercakap sesuatu yang kurang indah di telingaku ini bukannya mengejutkan pun.  Yelah, manusia mana yang tak buat silap kan?

Tapi kalau datang dari mulut seseorang yang bergelar kawan, pasrah jugak rasa hati ini bagaikan ditusuk sembilu (Wow, boleh caya tak, saya baru guna nama 2 movie untuk membina satu ayat!  Kalau la cenggini masa Tingkatan 5 dulu, sure dapat A1 punye~).  Yela kan, kalau dah nama kawan, kita mesti expect dia memahami kita, walaupun tak sepenuhnya tapi faham-fahamlah tahap kesensitifan kita sampai mana.  
Yang lebih terkilan lagi adalah apabila beliau langsung tidak berasa bersalah pun atau merasai terdapat hati yang telah tersinggung dengan kata-kata tajam yang mungkin tujuan asalnya adalah sebagai lawak tetapi apabila keluar, lain pulak bunyinya.  

Contoh kata-kata yang mungkin menyinggung perasaan beta:  
Katakan satu hari aku nak buat kek, jadi aku pun beli bahan-bahan dan barangan ekstra lain yang boleh menampakkan keanggunan kek tersebut.  
Maka, apabila rakan tersebut melihat aku membeli barangan tersebut, beliau pun datanglah dan mentertawakan aku sambil berkata, "Ha, buat apa ko beli semua barangan ni?  Mesti ko tak guna jugak akhir nanti.  Ko ingat ko tu chef ke?" Sambil bergelak tawa riang. 

Kalau lawan aku yang kata, biasanya dalam hati aku akan timbul kata-kata seperti, 'Sukati akula.  Aku yang beli guna duit aku jugak.  Apa kena-mengena dengan engkau?' dan di mulut pula, "Kenapa?  Apa salahnya aku beli ni? Ada masalah ke?" dengan nada kausibuksangatapesal.  
Tapi disebabkan yang bersuara adalah kawan, maka berat di mulut untuk melafazkan kata-kata sedemikian.  
Serius aku katakan, aku diam je.  Tak nak menjawab takut ada yang terluka nanti.  Malah, dalam hati pun tak terfikir benda-benda macam tu pun sebab asyik ingatkan, 'Tergamak kau kata aku macam tu' sambil merajuk diam-diam.  

Aku ni orang yang memang suka bising.  Suka ketawa ibarat guruh.  Tapi bila dah merajuk, satu bunyi pun tak kedengaran.  

Entahlah, aku ni sensitip sangat ke atau diorang tu terlalu kurang sensitip.  Bukan aku tak boleh nak terima lawak yang ganas.  Tapi yela, dah nama lawak, lawak juga gaya ia disalurkan.  Aku bukan tak biasa diperkatakan dengan lawak yang memperbodohkan diri ini.  Tapi aku tak kesah, sebab aku tau dalam hati orang yang mengata tu, beliau tak berniat untuk melukakan diri ini.  Malah, disebabkan kasih sayang terlampau dan kuasa psikik yang hebat, lawak-lawak ganas sebegitulah yang merapatkan tali nilon antara kami.  Makseh Step, Melod, Joe, Baby, Claire, Bebeth, dan mereka yang sewaktu dengannya sebab aku bebas berlawak dan tak kontrol macho depan takorang.  

Memang aku tak nafikan, gaya lawak tersebut dipersembahkan juga amat penting untuk memastikan bahawa ia "tiada kaitan dengan yang hidup, mati, atau pengsan".  Yang tu pasal adegan lawak.  

Sekarang nak masuk pulak bab mengumpat orang.  Kalau nak mengumpat orang kena juga ada skill.  Dah nama mengumpat, mestila di belakang orang.  Jangan kasi orang tu tau.  Especially kalau bahan umpatan tu takde faedah langsung. 

Contohnya, kalau kita mengumpat orang yang berbuat jahat, takpe la jugak kalau beliau terdengar.  Tapi cakap baik-baikla kalau sengaja nak didengari dengan niat beliau akan berubah sikap.  Konon je tu.  Kalau aku jadi si diumpat, makin rebellious jadinye. Mana taknye, sedap mulut orang mengata, ingat diri tu perfek sangat ke? 

Macam yang pernah kakak saya buat, makin hebat salesgirl mengata tentang kita (yang asyik membelek baju-baju yang dilipat) dan makin berasid kemasaman muka beliau, maka kita haruslah membantu beliau untuk mencipta rekod kehebatan dan kemasaman yang lebih berasid.  Maka, haruslah kita membelek-belek kesemua baju yang telah dilipat berkali-kali oleh salesgirl tersebut dan akhirnya tidak membeli satu pun.  

Taktik aku pulak, dengan selamba babi je bagitau kat teman shopping kuat-kuat, "Eh, ada orang mengata aku la" dengan riak muka selamba sambil melihat ke arah salesgirl berkenaan tepat-tepat di matanya.  Gerenti beliau tergamam dan berhenti mengumpat dan pura-pura buat kerja sendiri.  Terbukti berkesan. 

Tapi yelah kan, aku tertanya-tanya, kenapa ada orang yang begini? Melemparkan saja kata-kata tersebut tanpa mempedulikan sama ada si diumpat itu within earshot ke tak.  Kalau nak umpat biarla di belakang.  At least, tak sakiti hati orang tu.  Janganla musnahkan hidup orang lain dengan kata-kata kau yang mungkin berunsur dengki tu.  
*Tiba-tiba terasa nak makan kek pulak.  Lapar~* 

Pendek kata (Walaupun karangan ini agak panjang.  Silakan untuk mengira bilangan patah perkataan kalau rajin.), sebelum nak bersuara tu baik fikir masak-masak.  Letakkan diri anda pada diri si pendengar tersebut.  Kalau kata-kata anda ditujukan kepada diri anda, apakah rasanya? Bayangkan kalau anda tak tau bahawa kata-kata tersebut adalah bertujuan sebagai lawak semata-mata, apakah perasaan anda pada ketika itu? 

Tak kira apa pun, kalau ada kata-kata yang agak mean, silalah simpan di hati je kalau orang yang ingin anda sampaikan kepada itu adalah kawan/orang tersayang anda.  Sila take note, peribahasa "Diluah mati emak, ditelan mati bapak" tidak dapat diaplikasikan dalam situasi ini. Sebaliknya, diluah putus sahabat mungkin berlaku. 

7 comments:

Mad Maureen said...

Oh rangkap sebelum "Kerana mulut badan binasa" ialah "Kerana pulut, santan binasa, Kerana mulut, badan binasa."

(nampaknya skill BM aku masih hebat walaupun dapat B- di Universiti.. Huhu.

Eh bila ko nak buat kek? Orang tu tak pernah rasa kek yg ko buat kot.. Hahah.. Bukan nak memuji, tapi selepas kek Aunty Kheng Sim, aku suka makan kek yg ko buat. *Dengan harapan Mel akan rajin buat kek untuk aku*

Kalau tau ko tengah in the mood nak buat kek, kan aku dh benar2 beli tepung kek aritu kat Tesco? Tapi takpelah.. hehe. Tunggu aku pindah dulu.. Jeng jeng jeng

keluma berit said...
This comment has been removed by the author.
jeans lusuh said...

aik, kenak post ktkorg semua pasal luahan perasaan tok? step pun kedak ya, melod pun urmm...agak2 la, amau? pasal kegembiraan dpt berry itam.

aku mok check juak la apa ku mok luah hahaha

mel, ko x payah la mok kontrol2 dpn mekorg., we accept u the way u r. translation ke bm : kami menerima mu seadanya

Joe Jr. said...

ahjumma control???? xperlu... we accept everyone the way they are like y'all accept me yg xtau malu 2k bbuat bising merata tempat.. hahaha... wah mel ko bt kek?? bt 2k kami sekali k.. sy menunggu.. hahahah....
ohma baby??? baby la sgt ko tu mau... mmg mcm adik sy.. anak last ja msti kna pgl baby.... baby buat selamanya...hahahah

Joe Jr. said...

oh ya.. oleh kerana ko slalu mention psal jay chou bru2 nie jd sy mendgr balik lagu lama jay chou kepunyaan my sister... nocturne, twilight's chapther 7, ting mama the hua...hahaha.. ari ni ja la... haha

mcjayn said...

joe: bagus, bagus. bagus kan?
jangan ko ketawa nama ohma ko tu. dia bangga dengan nama baby tu wei..

jeansxpernahcuci :p luahkan, iboh x luah. aku x tauk la. emo kot. hahaha

baby: that was just a contoh. tak pernah berlaku pun. tapi ayatnya hampir sama. that's why i said xde kaitan dengan org lain. so that u guys will never guess who i'm talking about (as if u guys would know, lol) to protect the identity of that person. anyway, the reason i blog abt this is just to luahkan perasan (bak kata claire) and also to remind others&myself to watch what they/i say.

Mad Maureen said...

oh.. Ester ketawa nama saya ye?? tau takpe, memang anak last selalu bernama Baby.. Kan ko hampir bernama Baby juga.. hahah